Sunday, April 25, 2010

Gracy

Gracy Zutto

Tempat: KL
Masa :9am-2pm
Tarikh : Oct 2009

Pengambaran sekitar Kuala Lumpur :) sambil melepak dengan kawan2..agak senang bekerja dengan beliau kerana kenal dan mempunyai bakat sebenarnya dalam bidang ini..make up yang simple menampakan keaslian gambar itu sendiri. dan antara hasilnya :-




















Outing with Bunga Matahari :)

SEPETANG BERSAMA BUNGA MATAHARI :)

Tempat: FRIM & Batu Cave
Masa : 11-2pm
Tarikh: April 2010


sesi photographer bersama Bunga ini sebenarnya dibuat pada tahun lepas, namun keadaan dan masa yang tidak mengizinkan membawa kepada bulan April 2010 :) bersamaan hari Ahad, saya dan Mr.Liew telah ber"deal" dengan Bunga untuk melakukan satu sesi photography yang singkat iaitu lebih kurang dalam 2 jam untuk semua lokasi. Dengan cuaca yang panas dan terang dan amatlah sesuai untuk aktiviti kami pada hari itu...namun begitu saya tidak secergas kawan2 lain kerana semasa sesi di FRIM, tangan saya terluka sedikit (kena gigit pacat kali hehehe) menghadkan aktiviti saya kerana tangan yang sentiasa berdara..oleh yang demikian, hanya ini sajalah gambar yang berjaya saya tangkap pada hari itu huhuhu...sedihnya..























Wednesday, April 14, 2010

Pakej Perkahwinan

Di sini saya ada memberikan sedikit sebutharga kepada sesiapa yang ingin mengambil khidmat saya sebagai jurugambar(photographer) sama ada majlis2, pertunangan ataupun perkahwinan. Perkhidmatan saya merangkumi seluruh malaysia (Memananjung, Sabah dan Sarawak :)). sebarang pertanyaan bolehlah terus menghubungi saya di talian 0102312504
caj2 perkhidmatan adalah berubah-ubah mengikut permintaan pelanggan dan budi bicara semasa perbincangan :)...maksudnya caj leh nego lah tu hehe


Quotation Actual day wedding
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
PACKAGE 1 ~ RM600
 Full day coverage
 All edited soft copy photos delivered in DVD/Thumbdrive
 Family photos & outdoor short session included
 FREE
 1 sticky album 12” X 12”
 100pcs 4R photos
 1 unit 8R photos including FRAME.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
PACKAGE 2 ~ RM1200
 Full day coverage
 All edited soft copy photos delivered in DVD/Thumbdrive
 Family photos & outdoor short session included
 FREE
 1 Photobook 10” X 15”
 1 unit 8R photos including FRAME.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
PACKAGE 3 ~ RM1600
 Full day coverage
 All edited soft copy photos delivered in DVD/Thumbdrive
 Family photos & outdoor short session included
 FREE
 1 Photobook 10” X 15”(Portrait)
 1 Photobook 8” X 12” Landscapes)
 2 unit 8R photos including FRAME.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Photobook additional type:
 Hot stamping (silver/rainbow)
 All kind of leather cover
 UVlamination

Tuesday, April 13, 2010

Biodata

Sebelum saya bercerita lebih panjang, adalah lebih baik saya ingin berkongsi sedikit tentang diri saya yakni latarbelakang :-

Saya Larry Tuka, berasal dari kg.Apin-Apin Keningau, Sabah. lahir pada 25 April 1979 di hospital keningau. Membesar dalam keluarga yang sederhana yang mana ibu seorang suri rumah sepenuh masa dan bapa sebagai seorang petani dan penoreh getah..Saya berasal dari keluarga yang besar iaitu seramai 8 orang, 5 org kakak dan 2 orang abang..

Mendapat pendidikan awal di St.James Apin-Apin Keningau Sabah, sehinga tamat darjah 6, melanjutkan pelajaran ke tingkatan 1 di sekolah menengah Kebangsaan Apin-Apin Keningau sehingga tingkatan 3..Berpindah sekolah ke Sekolah Menengah Kebangsaan Tenom di tingkatan 4(1995) sehingga tamat tingkatan 6(1998)..Berjaya mendapat tawaran menyambung pelajaran di Universiti Malaya dalam bidang Pentadbiran Perniagaan dan mendapat Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian pada tahun 2004.


Sebelum bergiat secara serius dalam bidang Photography, saya merupakan seorang yang aktif dalam bidang sukan..Aktif dalam bola sepak dan olahraga.Mendapat kecederaan teruk di buku lali kaki kanan pada tahun 2003 semasa mewakili Universiti dalam liga bola sepak MASUM, bermain d Kedah.Selepas kejadian itu, saya terus menukar hobi @ minat kepada aktiviti yang lebih ringan (maksud saya yang tidak mendatangkan kecederaan teruk). Dan dari sini lah bermulanya sejarah Photography dalam diri saya....

Sedikit sebanyak tentang diri saya :)

Terima kasih kerana sudi membaca... :)

Friday, April 2, 2010

My very first gear..

Salam 1 Malaysia :) kepada yang sudi menjenguk dan mengintai laman blog saya ini..di sini saya ingin menceritakan tentang kamera DSLR pertama saya..amat memberi kepuasan sebenarnya kepada saya sebagai seorang yang baru cuba2 mendalami ilmu photography...


Bermula sebenarnya semasa masih menuntut di universiti namun tidak mampu untuk membeli DSLR yang pada ketika itu sangat mahal (mungkin tidak bagi golongan bekerja :)) dan kemudiannya melaburkan sedikit wang untuk Model Nikon D40X 10.2MP, standard kit lens, sigma 70-300mm (non motor) dan nikkor 50mm f1.8. Bermulalah detik2 menterjemahkan keindahan alam kepada sebuah kenangan....

Tidak saya nafikan sememangnya bidang ini tidaklah semudah seperti yang disangka..saya mengambil masa berbulan-bulan untuk mengenali "body" D40X ini dengan membeli majalah, bertanyakan kepada rakan2 di laman Photo Malaysia dan juga melalui manual nikon itu sendiri..sedikit demi sedikit saya memahami fungsi serta kegunaan kamera ini. Terima kasih pada sifu2 dan rakan2 yang banyak membantu...

Dan antara hasil daripada Nikon D40X :



D40X, Nikkor 50mm f1.8 iso 200





Nikon D40X, sigma 70-300mm f8 iso 200




D40X Kit Lens Direct flash



D40X, sigma 70-300mm 1/300 iso 200


KLPF - D40X, nikkor 50mm f1.8




D40X sigma 70-300mm iso 200

Thursday, April 1, 2010

My Wedding Photography

Setelah berjinak2 selama hampir setahun dalam photography, saya mencuba untuk mengambil gambar dalam perkahwinan pula.. seperti saranan dan pendapat dari kawan2, saya bermula sebagai back up photographer kepada rakan2 yg menangkap gambar kahwin. Dengan panduan dan tunjuk ajar dari pada rakan2, setelah merasa yakin dengan hasil gambar saya sendiri, saya telah meyakinkan diri untuk mengambil gambar “wedding”… sebelum tugasan pertama, saya telah beberapa kali (lebih kurang 10 tugasan) menjadi back up photographer iaitu Pre wedding, Actual wedding day dan juga company function..

Seperti yang semua Photographer sedia maklum, task untuk actual wedding tidak semudah yang disangka atau pada saya jika dibandingkan dengan menangkap pre wedding photo, ini adalah kerana, dalam actual wedding kecekapan, kepantasan dan idea yang pelbagai serta kemahiran yang sangat tinggi diperlukan, barulah saya menyedari bahawasanya back up photographer sangat penting peranannya..kelewatan walau pun beberapa saat akan menghilangkan kenangan (pengantin terutamanya) dalam detik2 manis mereka dalam hidup (contohnya menyarung cincin, akad nikah dan adat2 perkahwinan yang lain)..makanya perkara sebegini saya amatlah mengambil berat J. Berikut merupakan antara photo wedding shoot saya selam 2 tahun kebelakangan ini :-

Emmy Fadizah Actual Wedding Day.





















Rico and Alice Wedding (Apin2 Keningau)












OLL Church Wedding Day

Conosius And Wife





Geofry And Wife



Liberty and Wife







Eddy and Yanis Wedding Day (Kota Marudu Sabah)